dambaanku..

Posted by rainbOw | | Posted On Wednesday, March 14, 2012 at 12:49 PM

Ya Allah ya tuhan ku..

ku dambakan isteri yang..

sentiasa..

taat dan hormat kepada ku..
menjaga maruahnya di hadapan atau di belakang ku..
memberikan senyuman dan kasih sayang kepada ku..
tidak meninggikan suara atau bermasam muka terhadap ku..
tahu menilai antara keperluan dan kemahuan..
boleh menjaga dan mendidik anak-anak ku..
berada di sisi saat jatuh dan bangun ku..
bersyukur dengan apa yang dimiliki dan diberi olehku..
meletakkan sepenuh kepercayaan kepada ku..
dan tidak membuka aib ku..


untuk mengejar semua ini,

aku sedar..

aku perlu menjaga..

iman ku..
agama ku..
akhlak ku..
percakapan ku..
penglihatan ku..
maruah ku..
dan diri ku..



aduh!!

Posted by rainbOw | | Posted On Sunday, January 8, 2012 at 1:05 AM


pejam celik pejam celik, sudah hampir tiga tahun aku berkelana di bumi amarika. aku bersyukur kerana masih diberikan ruang untuk menghirup udara agama Mu ya Allah.

dalam kehidupan seseorang manusia pasti ada jatuh bangunnya. bilamana ujian itu hadir, hamba yang bersyukur dan taat kepada Allah pastinya tegap berdiri dan kekal maju ke hadapan. manakala untuk mereka yang seringkali lalai, angin mehnah serta tribulasi sudah cukup untuk menghumban jiwa mereka menghadap bumi.


3 pilihan selepas diuji.

i) tidak bangun, putus asa dan memilih pengakhiran hidup sebagai jalan penyelesaian.

ternyata salah dan sangat dimurkai Allah. kehadirannya di akhirat kelak tidak lain hanya bakal dihukum dengan siksaan yang lebih berat. na'uzubillahi minzalik.

ii) tersentak, bangun kembali dalam keadaan memberontak.

ramai di antara kita terperangkap dengan keadaan ini. apabila diuji, jiwa kita menjerit dan merintih inginkan sesuatu yang lain. sesuatu yang lebih mudah dan menyeronokkan. Jika dulunya dikawal oleh agama, diri kita mahukan kebebasan dan tidak lagi mahu dikongkong. maksiat dan kemungkaran dipilih sebagai jalan penyelesaian. PERLU DITEGASKAN, skop maksiat dan kemungkaran di sini bukan hanya tertakluk kepada berzina, membunuh, dan syirik. kerana tanpa kita sedari, maksiat kecil@besar yang dilakukan oleh mata, lidah dan telinga sebenarnya sudah cukup untuk menempah tiket kelas ketujuh di neraka kelak. aku sendiri pernah melalui fasa ini. semangat dakwah hilang, semangat syaitan biru(majalah asuh) meresap ke dalam setiap rongga badan. kepuasan yang dicari dengan keseronokan maksiat dan kemungkaran tidak berpenghujung. malah makin membawa diri kita ke lembah kehinaan. jika anda sedang mengalami konflik seperti ini, sila ambil masa dan muhasabah kembali diri. sentiasa bertanya kepada diri. "apa yang aku mahukan sebenarnya". jangan pernah berputus asa dengan Allah kerana hanya Dia yang berkuasa untuk mengubah segalanya..

iii) tersentak, bangun, bersabar dan baiki kelemahan yang lalu.

golongan seperti ini sangat dirahmati oleh Allah. "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya" [2:286] ujian yang diturunkan tidak lain hanya untuk menguji keimanan seseorang hambanya. tanda Allah ingat kepada kita dan Allah mahukan kita sentiasa sedar akan kewujudannya.

banyak lagi sub golongan yang wujud apabila terjatuh dalam menghadapi ujian. tidak terkecuali mereka-meraka yang hatinya sudah keras dan hitam yang mana jatuhnya sudah tidak dipedulikan lagi. luka selepas jatuh tidak dirawat dan dibiarkan sehingga ianya bernanah dan akhirnya memakan diri. ayuh kita melihat dan menilai dimana kedudukan kita setiap kali ujian itu menjelma..

mengelak atau menanti..

Posted by rainbOw | | Posted On Monday, November 15, 2010 at 12:14 PM

bismilLahirrahmannirrahim..

insyaAllah, pada minggu hadapan, seluruh umat islam bakal menyambut hari raya aidil adha..mudah-mudahan kita semua mampu mengambil ibrah pengorbanan yang Allah sampaikan melalui kisah antara nabi ibrahim dan nabi ismail..jangan terlalu leka dengan daging percuma edaran masjid, tetapi pengorbanan yang menguji ketaqwaan seorang hamba yang perlu kita pelajari..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." (Al-Ankabut: 2-3 )

sahabat-sahabat sekalian, dakwah ini merupakan suatu tugas yang amat berat..tugas yang pernah digalas oleh para rasul, para nabi, para sahabat, para tabi'in, para khalifah..dan kini, tugas yang perlu diteruskan oleh kita..umat akhir zaman..umat yang memegang kalimah ashhadualla ilaailaha illalLah waasshhaduaanamuhaammadarrasullulLah..sesiapa sahaja yang berpegang pada kalimah ini, wajib meneruskan rantaian dakwah yang telah diperjuangkan..

dakwah memerlukan banyak pengorbanan..baik dari segi harta, masa, ilmu, hubungan dan sebagainya..justeru, pendakwah perlu mempersiapkan diri dengan sebaiknya agar tidak mudah tumbang ditengah jalan..walaupun begitu, alasan belum bersedia, tidak cukup ilmu, tidak boleh sama sekali dijadikan halangan untuk tidak berdakwah..kebenaran itu perlu disebarkan walaupun pahit..habib an-najar (yassin:20) bukanlah seorang yang hebat,bukan golongan sahabat, tidak langsung diketahui kelebihannya..tetapi tetap mengingatkan manusia dengan penuh kegesaan pada zamannya untuk mengimani utusan-utusan Allah..

masyarakat kini menghidap sindrom takut terkorban..takut hilang pangkat, harta dan nama..itulah realiti yang berlaku dalam pentas dakwah sekarang..ada sesetengah ulama' yang sudah tidak berlaku adil..demi menjaga periuk nasi sendiri, keharaman sesuatu hukum berjaya dihalalkan dek ketamakan diri dan desakan sesetengah pihak..ilmu Allah semakin diputar belit dan mengelirukan masyarakat..nau'uzubilLahi min zaalik..

sebagai umat yang punyai kesedaran, kita seharusnya bangkit memperjuangkan yang haq dan menetang segala kebatilan..jika tidak mampu dengan kuasa, gunakanlah lidahmu..dan jika lidah pun kelu untuk berkata, ayuh kita sama-sama membenci dengan hati..jangan bersetuju dengan tindakan yang bertentangan dengan syara'..sokong dan bantulah mereka-mereka yang memperjuangkan kalimah Allah..mudah-mudahan kita ditempatkan bersama mereka yang diredhai Allah..

“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)” (al-Ghasyiah: 21-22)

jangan jadikan dakwah sebagai pilihan terakhir..fikirkan strategi terbaik untuk berkorban, bukan alasan terbaik supaya tidak berkorban..

p/s: jum puasa sempena hari arafah!

bangunlah dari tidur..

Posted by rainbOw | | Posted On Sunday, November 7, 2010 at 9:37 AM


bismilLahirrahmanirrahim..


akhirnya aku diberi kekuatan untuk kembali berjuang di platform maya ini..entah mana silapnya, aku seakan leka..mula rasai letih untuk berjuang..fikiran kosong bertambah sawang.. hmm, mungkin hati ini terlalu selesa dengan nikmat dunia hingga terabai pandangan akhirat..ampunkan aku ya rabb..

niat perlu diperbetulkan..amalan perlu diperbanyakkan..dan perjuangan perlu diteruskan..bila pandangan dunia diutamakan, hati akan sentiasa resah..terkadang ia bergetar, tapi jangan sampai menghancurkan..kekuatan dalaman harus aku kembalikan..sebelum maju kehadapan..

syahadah..

ashhaduallailahaillalLah waashhaduannamuhammadarrasululLah.. apakah ia hanya sekadar lafaz..berapa ramai antara kita yang benar-benar menghayatinya..perjanjian antara hamba dengan Pencipta..sejauhmana kita sudah melaksanakan sebagai penyambung rantaian dakwah para nabi..berapa ramai manusia yang pernah kita sampaikan 'keterangan' Allahu rabbi..cukupkah sekadar selamanya membenci dengan hati..aahh, memang senang untuk bertanya..senang juga untuk menjawab..tapi amat sukar untuk bertindak..

"dan siapakah orang yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan kepadanya?" (al-Baqarah:140)

usaha untuk menyebarkan 'keterangan' boleh diabaikan andai kita berjaya mencapai salah satu daripada perkara ini:

1) kita mati
2) semua manusia mati
3) seluruh umat manusia taat dan patuh kepada perintah Allah

selagi belum menemui salah satu atau ketiga-tiga perkara ini, jangan pernah sesekali kita berhenti..ya, akan sampai satu masa kita kehabisan tenaga..mungkin futur seketika dek nikmat dunia..merasa diri sentiasa dihina..tidak mengapa, kerna itu sebahagian daripada percaturan yang maha Esa..bukan sejambak bunga mahupun karpet merah yang kita harapkan..tapi syurga fidausi kurniaan tuhan..

andai diri masih lagi leka, sedarlah..angan-angan ini tidak akan berhenti mengkhayalkan.. fatamorgana indah terus melalaikan..sememangnya itu janji syaitan..ayuh, cari kekuatan untuk berubah..usah dihirau suara-suara sumbang yang memekak pada diri yang mahukan kebenaran..pada mata-mata yang setuju dengan pentas kemungkaran..kerna Allah satu-satunya Tuan..

tema yang perlu ada dalam diri.."hari ini lebih baik dari semalam"..sedikit tips dari penulis kepada sahabat yang mahu sama-sama menuju pencerahan hati:

1) mulakan
2) sekarang
3) mulakan sekarang

cukup sampai disini buat masa sekarang..semoga bertemu lagi..assalamualaikum.

the power is in your hand..

Posted by rainbOw | | Posted On Monday, July 12, 2010 at 8:20 AM



adik A: abang, cantik kereta tu kan! sport rimmed besar, cermin gelap, dalam kereta mewah, laju..mesti best!!seronoknya kalau dapat naik kereta macam tu..nanti abang belikan adik satu tau!janji ea..

aku: (sambil tersenyum dan berkata di dalam hati) hebatnya budak ini..masih kecil, sudah mampu melihat dan menilai..

barangkali apa yang diperkatakan oleh adik itu sama seperti semua kanak-kanak riang di muka bumi..sebagai generasi yang lebih dewasa, kita tidak seharusnya menghalang, jauh sekali memperlekehkan kemahuan mereka. Bukan kemahuannya yang kita kagumi, tetapi kemahirannya yang kita hendaki..kemahiran MENILAI..

hari ini lebih baik dari semalam.. peringatan yang seringkali dikongsikan saat kita berduka mahupun gembira. kayu ukur berdasarkan pencapaian dan keadaan semasa seseorang individu..untuk adik yang berumur 9 tahun, kebolehannya menilai dengan pengalaman serta kematangan yang dimiliki boleh dikira hebat! barangkali belum mampu melihat dengan mata hati, mata dunia yang dimiliki sudah digunakan dengan sebaiknya..sepuluh tahun akan datang, apakah penilaiannya terhadap kereta yang sama akan kekal pada mata dunia? atau sudah mencapai kemahiran mata hati..termenung aku seketika..

berangan~

adik A (25 tahun): pakcik, matOp giL@ kereta tu! sport rimmed besar gaban, tinted gelap, CC besar, spoiler sume..pergh, kalau bawak aweks jalan-jalan konpem gegar kL!saya nak angkut satu, duit kumpul dah cukup sangat nih!

aku(si tua bangka): (tersenyum sambil merintih di dalam hati) tumbesaran akalmu tidak selari dengan jasadmu..semoga Allah merahmati mu..

tumbesaran tulang belakang boleh dibantu dengan susu anlene seperti yang terdapat di kaca tv..tumbesaran 'one packed' versi toyol di perut juga boleh dimiliki dengan sajian mantap setiap hari. tumbesaran akal? dengan ILMU.. Wahyu pertama yang diturunkan (surah al-alaq:1-5) awal-awal lagi sudah mengingatkan manusia tentang perihal pentingnya ilmu. bercakap soal ilmu, tidak terhingga banyaknya. tujuh lautan dakwat pen pun tidak cukup untuk dijadikan dakwat..dipendekkan cerita, ilmu dunia dan ilmu akhirat. perlu seimbang antara keduanya agar kita mendapat kebahgiaan yang dijanjikan..

sambung berangan~

adik A: pakcik, cantik kereta itu kan..setiap komponen saling bergantung antara satu sama lain..kereta hebat, pemandu berwibawa, peraturan jalanraya dipatuhi.. insyaAllah tiada kemalangan..alangkah bagusnya jika manusia mengambil iktibar dari penciptaan kereta ini..bersinergi serta mematuhi setiap perintah yang telah diturunkan..tentu aman harmoni dunia!

aku (si tua bangka): (tersenyum sambil berkata) alhamdulilLah..

masalah sosial mahupun ekonomi yang semakin mencacak berpunca daripada ketidakselarian tumbesaran akal dan juga jasad. pandangan mata kita masih berada ditakuk dunia sehingga mengabaikan tanggungjawab mencari pandangan mata hati yang mendekatkan kita kepada ilahi..pemimpin tamak mengumpul harta dan kuasa..anak muda lalai dek fatamorgana dunia..gejala sosial tumbuh melata..hancurlah manusia di alam yang hina..

umur 25 tahun, akal 9 tahun..pelik bukan? penyakit "down-sindrome" ini perlu segera diatasi bagi melahirkan lebih ramai generasi asadulLah yang benar-benar ikhlas dan istiqamah dalam menegakkan panji islam..ayuh, sama-sama kita mulakan dengan diri sendiri..latih mata dan fikiran kita ke arah kebesaran tuhan..mudah-mudahan usaha yang sedikit ini menjadi antara asbab terpilihnya kita ke syurga Allah swt..sekian..