AlhamdulilLah..

Posted by rainbOw | | Posted On Wednesday, December 2, 2009 at 6:53 AM

Salam

AlhamdulilLah..tanggal 2 disember 2009, genap sudah umurku menjadi 20 tahun..rasa syukur tidak terhingga aku hulurkan kepada sang pencipta..yang sudi menciptakan insan yang hina dina ini utk memakmurkan muka bumi..(aamiinn) kurniaan iman, islam, serta nikmat2 yang lain sangat2 membahagiakan aku..terima kasih ya tuhan.. seterusnya,kepada haji Izhar B Mahmood serta Hajjah Sharifah Bt Yusoff, dua insan teristimewa yang menjadi perantaraan lahirnya aku di muka bumi ini..terima kasih mama, terima kasih ayah..pengorbananmu tidak sekali aku lupa..keseluruhan ahli keluarga ku..mami, along, abg aidiel, kakak, kak mimi, iwan, ain dan nurul..yang sedikit sebanyak mempengaruhi siapa aku..terima kasih semua..

ustaz-ustaz, pensyarah-pensyarah, guru-guru, dan cikgu-cikgu yang tidak pernah jemu berkongsi ilmu..hingga menjadikan aku insan seperti sekarang..teman-teman, sahabat-sahabat, rakan-rakan, juga kawan-kawan sekalian, terima kasih..kerana sudi menerima aku seadanya..aku bukanlah insan sempurna..hati, lidah, serta jasad ini mampu berbuat dosa kerna aku tidak bersifat ma'sum..seribu kemaafan aku hulurkan andai sepanjang 20 tahun ini, aku pernah berbuat dosa terhadap kalian..pohonku, pimpinlah tangan ini ke jalan yang benar..jalan menuju pencerahan hati..jalan yang bisa membawa ku ke syurga hakiki..






Terima kasih semua~

p/s:post kali ni, xde idea sgt sbb da penat edit layout baru..ni pn xpuas hati ag snany..hehe..

Comments:

There are 22 comments for AlhamdulilLah..