Silap aku buat Silap..

Posted by rainbOw | | Posted On Wednesday, June 2, 2010 at 5:24 PM

Kesilapan itu berlaku tatkala kita tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Berlaku zalim sesama makhluk/tuhan samada secara sedar mahupun tidak. Diri ini sendiri terlalu banyak melakukan kesilapan samada sesama manusia mahupun tuhan. Mencuri, menipu, menyakiti hati, mengkhianati janji, membangga diri, dan segala jenis kejahatan yang wujud di muka bumi ini pernah aku lakukan. Terkadang diri ini lemah dek bisikan syaitan. Terkadang diri ini kuat bak pejuang islam yang asli. Tidak konsisten. Begitulah perjalanan hidup seorang hamba yang masih merangkak mencari sinaran ilahi. Ampuni kekhilafan diri ini andai pernah melukakan sesiapa pun.

Setiap insan yang hidup di muka bumi ini tidak terlepas dari melakukan kesilapan, termasuk para nabi..ingatkah kita pada kisah nabi Adam yang dicampak keluar dari syurga kerna terpedaya dengan tipu daya syaitan? Amaran Allah, jangan di hampiri pohon khuldi! Namun luntur juga imannya kerana terleka.

Ayuh kita renung kembali peritiwa nabi Yunus dan umatnya yang menyembah berhala..setelah berkali-kali mencuba, umatnya tetap keras hati menolak.. Justeru, nabi Yunus mengancam azab kepada mereka dan berlalu pergi. Diringkaskan cerita, nabi Yunus telah diundi supaya dicampak ke dalam laut bagi mengurangkan beban kapal yang hampir tenggelam dan ditelan hidup-hidup ke dalam mulut ikan. Allah menegur secara halus kesilapan nabi Yunus yang berputus asa dalam menyeru dakwah kepada umatnya

Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah. Niscaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari berbangkit.” (Ash-Shaffat: 143-144)

Begitu juga halnya yang berlaku pada nabi Muhammad saw. Walaupun baginda bersifat ma’sum, tidak bererti baginda tidak melakukan sebarang kesilapan. Nabi Muhammad pernah memalingkan wajahnya terhadap seorang tua buta yang ingin bertanyakan beberapa masalah kepada baginda. Baginda bermasam muka ketika seseorang yang tidak dikehendakinya bertanya. Sikap Nabi Muhammad tidak diperkenankan Allah. Maka turunlah surah 'Abasa dimana Allah menegur sendiri nabi Muhammad saw.



Semua ini membuktikan bahawa manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Dari semulia-mulia darjat hingga serendah-rendah umat. Soalnya di sini, sejauhmana kita belajar dari kesilapan tersebut? Apakah kesilapan tersebut kita jadikan pengajaran atau batu halangan? Optimis atau pessimiskah kita mengharungi hari-hari yang mendatang? Peluang yang dicari atau penyesalan menggari diri? Tepuk dada tanya iman..

Semestinya kita akan berasa sedih, malu, serta menyesal dengan kesilapan yang pernah dilakukan. Lebih teruk lagi jika kesilapan tersebut bakal menghantui hidup kita selamanya. Namun, sedarlah bahawa kesilapan merupakan suatu proses penyucian yang mematangkan..

Bertakwalah kamu kepada Alloh di mana pun kamu berada, iringilah kesalahanmu dengan kebaikan niscaya ia dapat menghapuskannya dan pergaulilah semua manusia dengan budi pekerti yang baik.” (HR Tirmidzi)

walLahualam


p/s: im back! ive secluded myself for no reason..MALAS maybe~ haha.. whatever it is, im ready to rock the world now.. lets get started kayh!

Comments:

There are 8 comments for Silap aku buat Silap..