mengelak atau menanti..

Posted by rainbOw | | Posted On Monday, November 15, 2010 at 12:14 PM

bismilLahirrahmannirrahim..

insyaAllah, pada minggu hadapan, seluruh umat islam bakal menyambut hari raya aidil adha..mudah-mudahan kita semua mampu mengambil ibrah pengorbanan yang Allah sampaikan melalui kisah antara nabi ibrahim dan nabi ismail..jangan terlalu leka dengan daging percuma edaran masjid, tetapi pengorbanan yang menguji ketaqwaan seorang hamba yang perlu kita pelajari..

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." (Al-Ankabut: 2-3 )

sahabat-sahabat sekalian, dakwah ini merupakan suatu tugas yang amat berat..tugas yang pernah digalas oleh para rasul, para nabi, para sahabat, para tabi'in, para khalifah..dan kini, tugas yang perlu diteruskan oleh kita..umat akhir zaman..umat yang memegang kalimah ashhadualla ilaailaha illalLah waasshhaduaanamuhaammadarrasullulLah..sesiapa sahaja yang berpegang pada kalimah ini, wajib meneruskan rantaian dakwah yang telah diperjuangkan..

dakwah memerlukan banyak pengorbanan..baik dari segi harta, masa, ilmu, hubungan dan sebagainya..justeru, pendakwah perlu mempersiapkan diri dengan sebaiknya agar tidak mudah tumbang ditengah jalan..walaupun begitu, alasan belum bersedia, tidak cukup ilmu, tidak boleh sama sekali dijadikan halangan untuk tidak berdakwah..kebenaran itu perlu disebarkan walaupun pahit..habib an-najar (yassin:20) bukanlah seorang yang hebat,bukan golongan sahabat, tidak langsung diketahui kelebihannya..tetapi tetap mengingatkan manusia dengan penuh kegesaan pada zamannya untuk mengimani utusan-utusan Allah..

masyarakat kini menghidap sindrom takut terkorban..takut hilang pangkat, harta dan nama..itulah realiti yang berlaku dalam pentas dakwah sekarang..ada sesetengah ulama' yang sudah tidak berlaku adil..demi menjaga periuk nasi sendiri, keharaman sesuatu hukum berjaya dihalalkan dek ketamakan diri dan desakan sesetengah pihak..ilmu Allah semakin diputar belit dan mengelirukan masyarakat..nau'uzubilLahi min zaalik..

sebagai umat yang punyai kesedaran, kita seharusnya bangkit memperjuangkan yang haq dan menetang segala kebatilan..jika tidak mampu dengan kuasa, gunakanlah lidahmu..dan jika lidah pun kelu untuk berkata, ayuh kita sama-sama membenci dengan hati..jangan bersetuju dengan tindakan yang bertentangan dengan syara'..sokong dan bantulah mereka-mereka yang memperjuangkan kalimah Allah..mudah-mudahan kita ditempatkan bersama mereka yang diredhai Allah..

“Oleh itu berikanlah sahaja peringatan kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya, kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang pemberi ingatan; Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)” (al-Ghasyiah: 21-22)

jangan jadikan dakwah sebagai pilihan terakhir..fikirkan strategi terbaik untuk berkorban, bukan alasan terbaik supaya tidak berkorban..

p/s: jum puasa sempena hari arafah!

Comments:

There are 3 comments for mengelak atau menanti..