dalam kehidupan seseorang manusia pasti ada jatuh bangunnya. bilamana ujian itu hadir, hamba yang bersyukur dan taat kepada Allah pastinya tegap berdiri dan kekal maju ke hadapan. manakala untuk mereka yang seringkali lalai, angin mehnah serta tribulasi sudah cukup untuk menghumban jiwa mereka menghadap bumi.

3 pilihan selepas diuji.
i) tidak bangun, putus asa dan memilih pengakhiran hidup sebagai jalan penyelesaian.
ternyata salah dan sangat dimurkai Allah. kehadirannya di akhirat kelak tidak lain hanya bakal dihukum dengan siksaan yang lebih berat. na'uzubillahi minzalik.
ii) tersentak, bangun kembali dalam keadaan memberontak.
ramai di antara kita terperangkap dengan keadaan ini. apabila diuji, jiwa kita menjerit dan merintih inginkan sesuatu yang lain. sesuatu yang lebih mudah dan menyeronokkan. Jika dulunya dikawal oleh agama, diri kita mahukan kebebasan dan tidak lagi mahu dikongkong. maksiat dan kemungkaran dipilih sebagai jalan penyelesaian. PERLU DITEGASKAN, skop maksiat dan kemungkaran di sini bukan hanya tertakluk kepada berzina, membunuh, dan syirik. kerana tanpa kita sedari, maksiat kecil@besar yang dilakukan oleh mata, lidah dan telinga sebenarnya sudah cukup untuk menempah tiket kelas ketujuh di neraka kelak. aku sendiri pernah melalui fasa ini. semangat dakwah hilang, semangat syaitan biru(majalah asuh) meresap ke dalam setiap rongga badan. kepuasan yang dicari dengan keseronokan maksiat dan kemungkaran tidak berpenghujung. malah makin membawa diri kita ke lembah kehinaan. jika anda sedang mengalami konflik seperti ini, sila ambil masa dan muhasabah kembali diri. sentiasa bertanya kepada diri. "apa yang aku mahukan sebenarnya". jangan pernah berputus asa dengan Allah kerana hanya Dia yang berkuasa untuk mengubah segalanya..
iii) tersentak, bangun, bersabar dan baiki kelemahan yang lalu.
golongan seperti ini sangat dirahmati oleh Allah. "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya" [2:286] ujian yang diturunkan tidak lain hanya untuk menguji keimanan seseorang hambanya. tanda Allah ingat kepada kita dan Allah mahukan kita sentiasa sedar akan kewujudannya.
banyak lagi sub golongan yang wujud apabila terjatuh dalam menghadapi ujian. tidak terkecuali mereka-meraka yang hatinya sudah keras dan hitam yang mana jatuhnya sudah tidak dipedulikan lagi. luka selepas jatuh tidak dirawat dan dibiarkan sehingga ianya bernanah dan akhirnya memakan diri. ayuh kita melihat dan menilai dimana kedudukan kita setiap kali ujian itu menjelma..



Assalam..
terbaca blog kamu ni timbul rasa kesedaran dlm dri sndrii..
kdg2 bila ujian tuh dtg kita pn x sedar cmna kita terima..
bila da bc blog kamu sekurang-kurangnya mnjadi peringtan kat sy...
thax :)